Berapa lama ketahanan mentol lampu brek kereta saya?

finzol souq lampu brek

Lampu brek amat kritikal & penting dalam memastikan keselamatan anda sebagai pemandu & juga penumpang kenderaan anda serta pemandu lain yang menggunakan jalan raya bersama anda

Lagi-lagi jika anda memandu pada waktu malam, peranan lampu brek terutama lampu brek ketiga amatlah penting

Kami sering melihat di jalan raya ramai pemandu kereta di Malaysia yang masih memandu walaupun lampu brek mereka tidak berfungsi dengan baik / mati

Tak dinafikan, penjagaan lampu brek ramai yang terlepas pandang, tak seperti penjagaan minyak enjin untuk kenderaan anda

Jadi di sini kami ingin berkongsi sedikit tips

Berapa kerap anda perlu tukar mentol lampu brek kenderaan anda?

Secara tipikal, mentol lampu brek boleh bertahan selama sekitar 4 tahun ataupun sekitar 64,000 km jarak pemanduan kenderaan anda.

Namun, ini juga bergantung kepada cara pemanduan anda:

  • Kalau anda selalu memandu secara City Driving – banyak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang memerlukan pemanduan secara “Start-Stop” dengan lebih kerap, jangkahayat mentol lampu brek anda mungkin akan lebih rendah
  • Kalau kenderaan anda itu sekadar digunakan semasa hujung minggu, mungkin jangkahayat mentol lampu brek anda lebih lama

Walau apa pun, pastikan anda jadikan amalan untuk memeriksa kesemua mentol lampu brek kenderaan anda dalam keadaan tip top sentiasa

Kurangkan risiko kemalangan

Sayangi diri anda & keluarga anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Select an available coupon below