Mannol Banting

Mannol For Car
Mannol For Motorcycle

DARI AEROANGKASA KE JALAN RAYA

Pada masa kini, minyak yang dihasilkan menggunakan ester digunakan secara meluas dalam penerbangan, sains roket & sukan permotoran professional disebabkan sifat unik ester yang melindungi enjin pada penggunaan ekstrem & perubahan suhu & tekanan yang berterusan

Walaupun ester berupaya memberikan perlindungan terulung pada enjin kereta,kos ester yang agak tinggi menghalang penggunaannya secara meluas dalam industri automotif.

ESTER & MANNOL

Para professional dalam bidang kejuruteraan kimia sedar, kehadiran & kewujudan minyak sintetik penuh Group V (Fullu Synthetic Group V)  – Esters – ke dalam pelincir, meningkatkan kebolehgunaan fungsi, memenuhi standard kualiti tertinggi dalam pelinciran

Ester secara jelasnya telah jauh melepasi standard piawai kualiti daripada minyak sintetik penuh yang dihasilkan secara tradisinya menggunakan kumpulan base oil Group III(hydrocracked) dan IV(PAO)

Para professional di SCT Mannol telah berjaya menghasilkan sendiri produk Ester ini agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna minyak enjin Mannol pada harga yang lebih kompetitif

 

Jadi, apakah kelebihan Ester di dalam Mannol ini kepada enjin kenderaan anda?

LAPISAN FILEM MINYAK YANG PADAT

Molekul ester mengandungi cas negatif. Sifat ini menjadikan molekul ester untuk lebih tertarik kepada permukaan besi komponen dalam enjin; melekat seperti magnet lalu membentuk lapisan filem yang lebih padat pada permukaan besi komponen enjin kenderaan anda. 

Ini seterusnya menawarkan lebh perlindungan & kelancaran kepada komponen enjin semasa hendak dihidupkan

ANTI CORROSIVE (MENGAKIS)

Lapisan filem minyak yang padat menghalang penembusan kelembapan & udara pada permukaan besi komponen enjin kenderaan; menghalang tindak balas kimia yang menyebabkan pengoksidaan & hakisan

LOW VOTALITY

Disebabkan oleh sifat kompleks struktur & polariti molekul Ester – maka lebih banyak tenaga & haba diperlukan untuk membolehkan Ester meruap.

Akibatnya, lebih kurang wap dihasilkan – lebih rendah peningkatan tekanan.

Kesemua ini menjadikan Ester kemeruwapan rendah & titik bakar lebih tinggi (low volatility & higher flash point)

CEMERLANG PADA SUHU EKSTREM

Pengenalan SCT Ester dalam produk Mannol secara nyata meningkatkan indeks kelikatan berbanding generasi base oil terdahulu.

Penggunaan Ester dalam produk Mannol menjadikan proses menghidupkan enjin kenderaan lebih pantas & mudah; disebabkan sifat minyaknya yang mudah dialirkan pam walaupun melalui rungan yang sempit pada suhu sehingga serendah -45 darjah Celcius

Penggunaan Ester dalam produk Mannol juga menjadikan minyak lebih berdaya tahan pada suhu melebihi 200 darjah Celcius tanpa mendidih, berbuih & berubah kelikatan

BERSIFAT DETERGENT & DISPERSANT

Ester asid karboksilik mempunyai keupayaan unik untuk melarutkan sepenuhnya dan mengekalkan bahan tambahan moden dalam strukturnya, melebihi semua kumpulan minyak asas yang diketahui sebelumnya, termasuk polyalphaolefins.

Dengan kata lain, bahan tambahan larut dengan lebih baik dan bergabung ke dalam persekitaran molekul minyak tanpa pengelupasan dan bekerja secara merata pada semua permukaan gosok.

Produk pembakaran yang tersebar dengan betul dikeluarkan dari enjin ke sistem penapisan mengelakkan pembentukan deposit di permukaan.

Kehadiran Ester dalam produk Mannol membantu enjin kenderaan anda lebih bersih daripada kehadiran taik minyak

LEBIH MESRA ALAM & MUDAH URAI

Jika dibandingkan dengan minyak asas lain, ester lebih mesra alam dalam pengeluaran kerana ester berasal dari tumbuhan. Walaupun minyak berasaskan ester tahan terhadap pengoksidaan dan suhu tinggi, minyak ini mampu terbiodegradasi lebih cepat dalam jangka masa yang singkat tanpa membahayakan alam sekitar. Setelah berada di dalam tanah, mereka hampir terurai sepenuhnya oleh bakteria dalam sebulan. Produk Mannol yang tersedia Ester bukan sahaja hebat untuk enjin kenderaan anda, malah bagus juga untuk alam sekitar kita

PEMULIHARAAN GASKET & SEALENT

Proses penuaan bahagian getah berlaku setelah 100,000 km di mana-mana enjin, tanpa mengira keadaannya.

Ini menyebabkan kehilangan ciri-ciri mencengkamnya dan menyebabkan kebocoran pelincir pada komponen enjin.

Menurut statistik, sehingga 50% enjin dengan jarak perjalanan di atas 150,000 km menghadapi masalah ini sampai tahap tertentu.

Molekul ester dengan mudah menembusi lapisan permukaan getah yang sudah tua dan kering dan memulihkan sifat-sifat sebelumnya dari getah, dengan ketara memperpanjang jangka hayat enjin anda.

Produk Mannol dengan Ester mampu membantu memulihara & mengembalikan sebahagian prestasi enjin kenderaan anda

FAQ Minyak Mannol di Malaysia

Kesemua minyak & produk Mannol di Malaysia diimport 100% sepenuhnya dari HQ Mannol di Jerman

Tiada proses blending, packaging Mannol dilakukan di Malaysia

Kelebihan utama produk Mannol ialah pengguna dapat menikmati kualiti yang lebih baik pada harga yang lebih kompetitif dan mampu milik

Ester merupakan produk berkualiti tinggi yang di hasilkan dalam proses penghasilan Based Oil

Ester ialah Group V (Group 5 group yang paling tinggi antara kesemua 5 Group Based Oil)

Demi memberikan prestasi & perlindungan yang lebih sempurna kepada pengguna minyak Mannol, dapatkan produk Mannol yang berlabel ESTER Technology daripada pengedar sah 

Setiap pengeluar minyak enjin di dunia mempunyai resepi unik bancuhan (blending formula) mereka sendiri

Liquimoly memang telah lama bertapak di Malaysia dan telah terkenal berbanding Mannol yang baharu mula bertapak di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini

Apa yang dapat dipastikan,setiap produk Mannol original di Malaysia dihasilkan dengan mematuhi spesifikasi API, ACEA mahupun ILSAC yang juga menjadi rujukan produk Liquimoly

Cuba dahulu produk Mannol di Malaysia dan tuan puan rasai sendiri kehebatannya

Boleh dapatkan daripada workshop berhampiran yang menjadi panel sah produk Mannol

Untuk pembelian online, boleh dapatkan produk Mannol daripada kedai Shopee Finzol disini

Beli Mannol Online Di Sini

Bantu saya dapatkan produk Mannol di Malaysia

Spread the love